Sunday, April 13, 2008

LittleMaster


LittleMaster,
gelaran untuk pelukis kanak-kanak Malaysia, diiktiraf oleh LittleMaster Enterprise. LittleMaster Enterprise ialah sebuah syarikat yang berdaftar 001667567-M, beralamat operasi (utama) di 8-6-1, Queens Avenue, Jalan Bayam, Cheras, 55100 Kuala Lumpur.


LittleMaster Enterprise bergiat dalam bidang seni visual kanak-kanak dalam bentuk catan minyak termasuk menganjurkan pertandingan, bengkel melukis, pameran lukisan, pemasaran serta lelongan lukisan.

Moto

- Dunia, dari pandangan kanak-kanak.

Tujuan
  1. - Mempelopori bidang seni visual kanak-kanak dalam bentuk komersial.
  2. - Memupuk kesedaran dan sikap menghargai masyarakat terhadap pandangan, pemikiran dan kreativiti kanak-kanak.

Misi
  1. - Menghargai hasil kreativiti kanak-kanak dengan nilai komersial.
  2. - Mempertingkatkan lagi nilai tambah hasil kerja kemahiran dan kreativiti kanak-kanak.

Visi
  1. - Mempelopori aktiviti dan menjadi pemangkin kecenderungan kanak-kanak dalam bidang seni visual Malaysia.
  2. - Mewujudkan rangkaian galeri lukisan kanak-kanak sezaman seluruh negara.



Sesiapa sahaja yang berminat untuk turut serta dalam bidang ini
boleh menghubungi syarikat
di talian; 03 - 9287 4658 dan Faks: 03 - 9287 4704
atau e-mail: tanya.littlemaster@yahoo.com

Thursday, April 10, 2008

Kanak-kanak


Fasa kehidupan manusia bermula daripada,
Sperma & ovum, Janin Bayi, Kanak-kanak,
Remaja , Belia hinggalah Dewasa.....

Di peringkat kanak-kanak,
kita mula mengenal siapa di sekeliling kita, mengenal siapa di luar lingkungan keluarga kita, mengenali persekitaran setempat, menerokai pesekitaran luar, meresapi ideologi keluarga, jiran, rakan dan orang luar.

Di samping itu,
secara formal kita diajar mengenal dan mengingat abjad, angka, bahasa dan beberapa ilmu untuk dibuat penilaian ke atas ingatan dan akal kita. Kita diminta peka dalam semua interaksi kita dengan pelbagai perkara baru. Kita digalakkan supaya berusaha untuk mencapai kejayaan. Semua yang diperkenalkan kepada kita adalah asas supaya kita boleh berjaya dalam kehidupan.

Inilah dunia kanak-kanak.
Kita sentiasa mendapat peluang, tunjuk ajar, nasihat dan juga kritikan supaya kita membesar seiring wawasan negara untuk menjadi Rakyat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Namun,
kita yang dewasa ini lupa dek kedewasaan kesibukan proses dan kekangan mencari kehidupan harian, untuk menyingkap semula zaman kanak-kanak kita, mencari dan mengenalpasti kekurangan dan kelemahan di zaman kita untuk diperbaiki serta dimajukan demi kesinambungan dan kejayaan untuk diwarisi jenerasi anak cucu kita. Proses perubahan yang kita bawa inilah disebut pengwujudan tamadun samada biasa sahaja ataupun maju di peringkat antarabangsa.

Wajarkah kita memandang sepi pada perubahan ini
demi ketamadunan bangsa dan kemajuan jenerasi anak cucu kita?
Kita perlu jawab persoalan ini.


Seni Visual

Seni visual atau seni lukis
seperti dikenali suatu masa dahulu, adalah satu cabang dalam mata pelajaran pendidikan seni di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pelajaran ini tidak kurang pentingnya berbanding mata pelajaran yang lain.

Seni visual
bukan sahaja mengajar kita menghayati pemandangan semata-mata, bahkan turut sama mengembangkan lagi daya interpretasi individu ke arah lebih terbuka dan matang. Selain itu, seni visual juga mengetengahkan pemahaman kita tentang konsep, bentuk, rupa, warna, kemahiran mengingat, mengecam, berfikir dan berkreatif. Jelasnya, seni visual membantu kita membesar secara lebih seimbang selain keperluan jasmani seperti makan, main, tidur, bergerak dan seumpamanya.

Tidak dapat dinafikan seni visual penting dalam sistem persekolahan Malaysia kerana pelajaran ini telah wujud di sekolah sejak sebelum negara merdeka lagi dan ianya menjadi mata pelajaran peperiksaan di peringkat tertinggi persekolahan.

Namun, negara tidak mempunyai arkib penyimpanan lukisan kanak-kanak biarpun sejak sebelum zaman merdeka hingga kini bagi tujuan kajian dan perbandingan. Sewajarnya, sebuah arkib diwujudkan bagi tujuan itu.

Cuba anda bayangkan, sekiranya hasil karya datuk atau nenek anda semasa di zaman persekolahan mereka masih lagi dapat dinikmati dan dihargai oleh generasi yang kemudian. Anda bangga? Dan pastinya, anda ingin membuktikannya dengan karya yang lebih baik?

LittleMaster


Wednesday, April 9, 2008

LittleMaster Malaysia




LittleMaster

LittleMaster
adalah ikon dan gelaran Pelukis Kanak-kanak yang dicipta khas dan ditujukan kepada kanak-kanak Malaysia dibawah usia 12 tahun.

LittleMaster adalah golongan kanak-kanak terpilih dan berbakat besar dalam bidang seni visual. Bakat mereka digilap dalam semua aspek asas seni visual dan mampu mempertingkatkan keupayaan karya ke taraf komersial dan profesional.

Little Master Enterprise sebagai sebuah syarikat akan bertindak sebagai pengumpul khazanah karya seni visual sezaman kanak-kanak Malaysia.

Sebarang pertanyaan alamatkan kepada;
Little Master Enterprise
8-6-1, Queens Avenue,
Jalan Bayam, Cheras,
55100 Kuala Lumpur

Tel: 03 - 92874658 Faks: 03 - 92874704
E-mail: tanya.littlemaster@yahoo.com Http://littlemastermalaysia@blogspot.com